Monthly Archives: September 2010

Kami Juga Menangis

[1]
“Ayah, orang besar menangis tak?” Tiba-tiba anak aku Maryam bertanya. Kami dan Hannah tgh di bilik, aku tgh buat kerja kat komputer, diorg berdua tgh mewarna apa aku pun tak ingat.

“Menangis, Maryam. Org besar pun menangis.” Aku cakap, dan kemudian tambah: “Tapi tak lah mcm Maryam dgn Hannah menangis…” Menyebabkan Maryam sengih tersipu-sipu. “Orang besar selalunya menangis cuma keluar air mata, tak adalah meraung atau menangis kuat-kuat.”

“Ayah pernah menangis? Masa Ayah dah besar?” Tanyanya lagi.

Aku terpaksa berhenti sekejap dari komputer aku, mata merenung menembusi skrin. “Ada… Hari tu masa Ayah salat, masa bulan puasa… Dah tu masa Hari Raya, masa kita beraya mintak maaf dgn Atuk dan Nenek…”

Maryam terkebil2, mcm tak percaya…

[2]
Mlm tadi lebih kurang pkl 12 aku dpt sms. Isteri rakanku Amirzudin dah kembali ke rahmatullah. Sesungguhnya kita utk Allah dan sesungguhnya kpdNya kita pulang.

Isteri Amir ni mmg dah lama diagnosed with cancer. In fact masa aku dan Amir kat Melaka lagi (around 2007) wife dia was at quite an advanced stage. All these years dia dpt bertahan, dgn kuasa Allah.

Last year time raya kami sekeluarga ada visit Amir dan familynya kat Shah Alam. Isterinya tak nampak sakit pun, malah dia prepare dan masak mcm2 utk sambut kami satu family, mmg kami terharu dgn layanan diorg. Kami terhibur lagi dgn keletah anak2 diorg, yg lebih kurang sebaya dgn anak2 kami.

[3]
Taqdir dan kehendak Allah mengatasi segala. Fa“aalun limaa yuriid. Pagi ini di Seksyen 21 Shah Alam aku menyaksikan jenazah al-marhumah selamat dikebumi, meninggalkan kekasih2nya di dunia – suami, anak2, saudara dan rakan taulan.

Dlm sedih, aku kagum dgn kedua2 anak perempuan al-marhumah, yg kelihatan cukup tenang walaupun mereka baru shj kehilangan ibu tercinta. Diorg juga amat tenang ketika menyiram air ke pusara ibu mereka, walaupun bbrp org di sekeliling tak dapat menahan perasaan mereka.

Fikiran aku menilik, inilah mungkin org yg bukan sahaja mempersiapkan diri mereka utk kematian, malah turut mempersiapkan org2 di sekeliling mereka utk menghadapi saat ini.

Bersediakah aku? Dan bersediakah org2 di sekelilingku?

[4]
Ya anakku Maryam, org dewasa juga menangis.

ukashah

Eid Mubarak

[1]
Semoga Allah menerima amalan Ramadan kita. Salam lebaran dan salam kemaafan. Eid Mubarak.

[2]
Terima kasih kpd pemberi2 ucapan Raya yg berikut:

Muz, Saiful, Sya, Fahmi, Iqbal, Masdi, Afidi, Cikgu Shaari, Rafael, Evelyn, Syed Zaiful, Khairul, Nik Syahrim, Rafidah, Yuszroy, Syahril, Adik Lina, Azli, Riza Atiq, Misnan, Hamri, Shafizal, Imran, Megat, Cikgu Aziz, Cikgu Kassim, Mujahid, Wan Shukri, Zainuddin, Zul Omar, Hazli, Farid Yaacob, Noorazahari, Sazali, Norazmi, Che Din, Ja’a, Jenal, Cik Pardi, Syamrin, Rizal, Dr E, Cik Sufandi, Jainal, Noorzul, Aman, Mustafa Saharan, Fattah, Fazaly, Sayyid, Mior, Kak Yati, Naza Zubair, Fadzly, Hazlin, Talhah, Moreeza, Astinah, Izatul, Diva, Syarifah Amienah, Kak Nora, Adzfar, Pare, Jalil, Aisya, Alberto (mamat Spanish bagi aku kad raya, siap tulis ‘assalamualaikum’ in Arabic lagi), Sarly

Sumber: sms, kad raya, fb messages

ukashah

Semoga..?

[1]
Urusan aku kat JPJ Padang Jawa tak lama (aku perasan JPJ ni antara agensi yg dah improve a lot service diorg). On the way to parking lot ada seorg mamat ni approach aku, dgn bbrp keping buku.

“Encik, membeli sambil menderma encik…” dan dia mention samaada utk anak yatim atau utk sekolah, aku tak ingat mana satu.

“Beli apa tu Bang?” aku tanya.

Dan dia tunjuk bbrp buku saiz kecil yg dia ada. Judul2 spt “101 Doa” dan seumpamanya.

“Saya bagi, tapi buku ni Abang waqafkan kpd sesiapa, boleh?” dan aku bagi dia sejumlah duit. Aku rasa lebih baik org lain yg manfaatkan buku2 ni, drpd menambah koleksi buku2 aku yg tak terbaca kat rumah.

Abang tu kaget skt, agaknya tak pernah jumpa org mcm aku kot. Dia kata: “Kalau mcm tu, saya letak buku ni kat surau JPJ, boleh?”

Aku senyum kat dia, “Boleh Bang, boleh..”

Dan Abang tu senyum lebar sambil mengangguk2. Lalu dia akan kedua2 tangan dia ke langit.

“Alhamdulillah! Saya doakan Encik panjang umur, murah rezeki, dan cepat dapat jodoh!”

Alamak, apa abang ni kata ni? Belum sempat aku betulkan, abang tu dah berjalan pergi semcm puas hati…

ukashah

29 Ramadan 1431H

[1]
29 Ramadan 1431
Masjid Tengku Kelana Putra Kelana Jaya

The believers are only those who, when Allah is mentioned, feel a fear in their hearts and when His Verses are recited unto them, they (i.e. the Verses) increase their Faith; and they put their trust in their Lord (Alone); Who perform Al-Salat and spend out of that We have provided them. It is they who are the believers in truth. For them are grades of dignity with their Lord, and Forgiveness and a generous provision.” (Al-Anfal 8:2-4)

ukashah

26 Ramadan 1431H

[1]
26 Ramadan 1431
Masjid Al-Mujahidin Damansara Utama

And those who came after them say: “Our Lord! Forgive us and our brethren who have preceded us in faith, and put not in our hearts any hatred against those who have believed. Our Lord! You are indeed full of kindness, Most Merciful.” (Al-Hashr 59:10)

ukashah

25 Ramadan 1431H

[1]
25 Ramadan 1431
Masjid Kota Damansara

They said: “Our Lord! We have wronged ourselves. If You forgive us not, and bestow not upon us Your Mercy, we shall certainly be of the losers.” (Al-A`raf :23)

[2]
Jazakumullahu khaira to Rizal, Muhaimin, Arif, Talhah, Faiz for accompanying me tonight.

ukashah

Di Masjid Kg Sungai Kayu Ara

[1]
Tetiba teringin nak tarawih kat Masjid Kg Sungai Kayu Ara. Entah kenapa.

Bila dah dekat dgn masjid, tetiba teringat kat al-Ustaz Pauzi Awang, yg aku pernah belajar dgn dia, pergi rumah dia, dan terima ijazah drpd dia, lebih kurang tiga tahun aku tak jumpa. Entah kenapa.

Lepas habis lapan rakaat tarawih, aku pusing belakang utk keluar, dan di belakang itu duduk sesusuk tubuh yg aku kenal, tunduk orangnya penuh tawadu’.

Al-Ustaz Pauzi Awang.

Allahu akbar! Tak tahu nak kata apa, barakah berniat baik di dlm Ramadan agaknya, Allah laksana serta-merta.

Dlm masa yg singkat tu aku bertanya khabar dgn al-Ustaz.

“Jemputlah datang rumah,” kata al-Ustaz.

Dan aku melangkah keluar masjid dengan linangan air mata.

ukashah

[1]

Tetiba teringin nak tarawih kat Masjid Kg Kayu Ara. Entah kenapa.

ukashah[1]