Soalan untuk diri: Engkau ini hamba siapa sebenarnya?
ukashah
Posted by ukashah on 28-10-2011
Soalan untuk diri: Engkau ini hamba siapa sebenarnya?
ukashah
Posted in Monologues | Leave a Comment »
Posted by ukashah on 16-10-2011
[1]
Aku: Waktu siang tak payah bukak lampu Hasan, sebab dah terang.
Hasan: Nanti bila dah gelap baru boleh bukak lampu?
Aku: Ye, dah gelap baru bukak lampu.
Hasan: Nanti bila matahari dah padam baru boleh bukak lampu?
Wah Hasan, jauhnya imaginasi kau!
ukashah
Posted in Monologues | Tagged: children | 1 Comment »
Posted by ukashah on 11-09-2011
[1]
Tiga suara yang sentiasa ku rindu:
1. Suara Emak ketika dia berbicara denganku.
2. Suara anak-anakku ketika mereka membaca al-Qur’an.
3. Suara ikhwah ketika mereka memberi nasihat hati kepadaku.
Tiga sentuhan yang sentiasa ku rindu:
1. Pelukan ikhwah yang lama tak ketemu.
2. Sentuhan di bahu mereka yang di dalam saff salatku.
3. Sentuhan isteriku.
ukashah
Posted in Monologues | Tagged: ikhwah, love, Qur'an, ukhwah | 1 Comment »
Posted by ukashah on 09-09-2011
[1]
Kata orang terpelajar:
Jauhkan benda-benda yang tiada kaitan dengan tidur dari katil kamu. Contohnya TV, laptop malah buku sekalipun.
Sekarang aku faham kenapa.
ukashah
Posted in Monologues | Tagged: advice | 3 Comments »
Posted by ukashah on 07-04-2011
[1]
Aku terfikir, day in day out yg aku sibuk ni, ke mana sebenarnya kesibukan aku? Sbg seorg yg telah didiagnose mempunyai structured thinking (sebab ni kot aku jadi engineer?), aku fikir mesti ada cara utk measure brp byk masa aku spend utk setiap ruang2 dlm hidup aku. Then aku terfikir, sms2 yg aku dpt dan aku hantar mgkin boleh measure, to some degree, aku ini disibukkan oleh apa. Ye lah, memandangkan bukan sikit sms2 yg aku kena baca dan reply setiap hari.
So aku pun buat satu experiment yg simple. Aku rekodkan semua sms2 aku yg aku dpt dan aku send, satu pun aku tak delete, dan aku categorise kan sms2 ni dlm kategori2 tertentu: Family (yg berkait dgn family dan sedara2), Jamaah (semua urusan2 NGO aku, da’wah dan tarbiyah), Work (urusan ofis), Friends (kenalan2 yg selain yg tersebut). Aku buat observation ni selama dua hari penuh.
Ini dia yg aku rekodkan:
Erm, ada satu lagi kategori aku namakan Spam. Ini utk sms yg tak diingini, yg promote apa2 ntah. Org lain pun ada dapat sms2 cam gini kan?
Then aku totalkan, dan buat simple analysis. Keputusannya: Dlm dua hari ni:
Bila dah buat kajian yg (sedikit) saintifik mcm ni, nampak sedikit gambaran pecahan2 masa kita. Dan dlm kes aku, erm, rasanya some tuning is required.
[2]
Klu aku rajin esok2, boleh aku ulang analisa gunakan email dan FB aku. Ada ‘KALAU’ ok…
Ok, masa utk buat housekeeping Inbox dgn Sent box aku…
ukashah
Posted in Monologues | Tagged: dawah, family, friend, sms, time, work | Leave a Comment »
Posted by ukashah on 21-12-2010
[1]
205, 40, 29, 110, 5002, 29, 50, 32…
Inilah antara nombor rak-rak kasut yang aku kena rekodkan (selalunya guna handphone aje) untuk bagi ingat kat mana aku letak kasut aku kat al-Masjid al-Nabawi. Punya la besar masjid tu dan banyak rak-rak kasutnya, amat senang untuk lupa atau confuse kat mana kita letak kasut atau selipar kita.
Kecil nombornya maksudnya rak tu ada di bahagian depan masjid. Makin besar makin ke belakang maksudnya.
[2]
Banyak individu yang menarik yang dapat aku jumpa sepanjang di sana. Seorang Afghan (yang rupanya seperti seorang peluang Taliban) duduk rapat untuk dengar aku tilawah, rupa-rupanya dia seorang hafiz dan pengajian ma’had tahfiz. Seorang brother salafi yang adalah juga seorang businessman penjual barang binaan.
Dan seorang brother Indonesia yang macam ada benda tak puas hati dengan orang Malaysia. Dia kata orang Malaysia sangat beruntung dan mewah. Referring kepada layanan yang kami dapat, kepada cara kami berbelanja, kepada hotel penginapan kami, kepada pakaian kami…
“Ini songkok ini,” dia tanya sambil menunjuk ke kopiah keras putih atas kepala aku. “Beli di mana ini? Saya kok belum jumpa barang ini di sini?”
Aku yang dari tadi hanya mampu senyum dengan celoteh dia, jawab, “Oh ini? Ini saya beli di Malaysia. Apa bapak suka ini?”
Aku capai songkok tu dari atas kepala dan hulur kat dia. “Nah, sekarang ini bapak yang punya. Saya pergi dulu, Pak.”
Dan cepat-cepat aku tinggalkan dia, sebelum aku ketawa dgn keadaan dia yang sedang terlopong.
[3]
Lagi paradoks dan dilema di Tanah Suci:
Kuantiti vs kualiti. Apakah yang kita learning itu adalah bilangan, contohnya berapa banyak rakaat kita dapat salat atau berapa juzu’ Qur’an kita dapat baca? Atau yang lebih penting khushu’nya salat itu, dan mentadabur management ayat-ayat Qur’an yang kita baca?
Fardi vs mujtama’i (individu atau peri orang lain). Adakah kita mengejar fadilat atau kelebihan untuk diri kita sehingga sanggup mendatangkan kepayahan kepada orang lain? Contohnya mereka yang berlari-lari ketika tawaf qudum walaupun keadaan teramat sesak, sehingga melanggar dan menyakiti jamaah lain, atau yang berebut-rebut dengan cara yang amat fizikal untuk mengucup al-Hajar al-Aswad, ke Hijriyah Ismail atau untuk ke al-Raudah.
Istiqamah vs bermusim. Begitulah bersemangat untuk beribadah ketika ini dan di sini, apakah nanti sebelah pulang ke Malaysia kita dapat teruskan momentum Iman ini?
“Dan begitulah kami jadikan kamu satu umat yang adil dan sederhana, agar kamu menjadi saksi kepada seluruh manusia, dan al-Rasul saksi kepada kamu…” (al-Baqarah 2:143)
[4]
Ketika aku di sana, seorang rakan mengakhiri zaman bujangnya. Hanya doa dapat aku utus untuknya.
Mencari tuan sepanjang tahun,
Tuan umpama setulus rakan;
Restu Tuhan yang ku pohon,
Moga bersama dalam kebaikan.
[5]
Photos in and around al-Madinah al-Munawwarah:
One of the minarets of al-Masjd al-Nabawiyy

During one of our short tours around al-Madinah, we passed in front of the gate of the Islamic University of al-Madinah al-Munawwarah (Al-Jami'ah Al-Islamiyyah Bi Al-Madinah Al-Munawwarah)
ukashah
Posted in Monologues, Photos | Tagged: Baqi', fasting, hajj, iftar, Islam, Madinah, masjid, Uhud, university | 3 Comments »
Posted by ukashah on 20-12-2010
[1]
The following parts were not written well, nor consistently nor frequently. They are rather short notes of some thoughts while I was there.
Note: We were with the group KT91. Our flight to Jeddah was on 5 Nov 2010, got to Makkah the same day and spent about 10 days there before the Day of Arafah (which fell on 16 Nov). Most of the remaining time was spent in Makkah before we went and stayed at al-Madinah for nine days, before going back to Malaysia on 19 Dec.
[2]
In Makkah. Went to al-Masjid al-Haram and saw the Ka’bah for the first time. No words could describe the feeling. Of course I have seen the Ka’bah many times in pictures or on TV, but standing in front of the monument that is as old as mankind, I could not control my tears as they flowed freely. The symbol of timeless devotion of the slaves to the Creator. Absolutely an experience of wonder.
[3]
Alhamdulillah the Day of Arafah went well. Learnt a number of new du’as.
Muzdalifah was a bit testing, but that’s what hajj is about. I learnt that devotion is about setting aside personal comfort (and having patience with others).
[4]
Had fever from Day of Nahar till 2nd day Tashriq. Pow Abah’s PC and flu tablets. Got slightly better in the evening just in time for the throwing. Nevertheless the rites of hajj were completed nicely, alhamdulillah. May this effort be accepted, O Allah.
[5]
Di Tanah Haram banyak juga tidurku penuh dengan mimpi. Mengenai mereka yang masih ada dalam hidupku juga mereka yang telah meninggalkanku. Moga Allah menempatkan semua yang hadir di dalam mimpiku ini di dalam kebaikan.
[6]
Paradoks di al-Haram: Banyak masa dan sikit masa.
Banyak masa untuk ibadah. Terutama bila kita awal ke masjid. Qur’an, salat, doa, zikir ma’thur, boleh buat sebanyak-banyaknya smpai letih atau mengantuk.
Yang sedikit masa – for anything else. Shopping, tengok-tengok tempat (even nak pegi ziarah tempat-tempat lain pun rasa serba salah sebab rasa waktu tu lebih baik diguna untuk berada di al-Haram), cari tempat makan baru, internet, baca berita (including update pasal Premiership).
[7]
Kena ada sedikit strategi dalam beribadah. Untuk beri sedikit konsistensi dan juga kepelbagaian, buat sedikit plan atau KPI.
Contohnya: Nak khatam Qur’an berapa kali sepanjang kat Tanah Haram, nak mengulang surah-surah hafazan berapa kali, nak hafal berapa surah baru, tak tinggal salat nawafil apa, nak buat tawaf sunat berapa kali, nak ziarah makam Nabi berapa kali, doa ma’thur apa nak dihafaz, zikir ma’thur apa nak diamal etc.
Tips untuk sesiapa yang nak ke sana.
[8]
Bila ayat-ayat Allah dapat dilihat dan dirasai, dan pula mengimbau ayat-ayat di dalam KitabNya, hati amat mudah tersentuh. Sebab banyak sangat ayat-ayat yang menyebut tentang tmpat ini rupanya – al-balad al-amin, ummul qura, kisah ababil, al-bayt…
“Apakah mereka tidak mentadabur al-Qur’an..? ” (Muhammad 47:24)
[9]
4 dan 5 Dec, dua hari yang special, sebab dapat berjamaah maghrib dengan al-Shaikh Sudais. Suara dan bacaan yang cukup familiar, apatah lagi bila dengar live even fatihah pun dah menjujur keluar air mata. Moga Allah kekalkan pemilik suara ini.
[10]
Other photos in and around Makkah:
[11]
Hari terakhir di Makkah. Saat yang paling menyentuh adalah apabila terpaksa meninggalkan al-Haram buat terakhir kali. Langkah keluar yang amat berat, titisan air mata untuk setiap langkah. Apakah mungkin aku akan menjejakkan kaki ke sini lagi?
Tak pernah seumur hidup aku menangis hanya kerana meninggalkan sebuah masjid melainkan masjid ini.
ukashah
Posted in Monologues, Photos | Tagged: Arafah, family, hajj, Haram, Islam, Madinah, makkah, masjid | 1 Comment »
Posted by ukashah on 19-12-2010
[1]
Akhirnya kami dapat confirmation mengenai penerbangan kami. Nombor penerbangan KT91 (kira agak hujung2 tu). Mmg kami minta flight ke Makkah dulu pun. Reason aku: Settlekan yg prioriti dahulu (yakni haji) barulah yg selainnya (termasuk ziarah).
Alhamdulillah, kami dpt pergi dgn Emak dan Abah aku, dan juga seorang makcik aku (yg aku panggil Bibik Mus). Hati teramat seronok. Pertamanya sebab Allah dah izinkan utk kami menjadi tetamuNya. Keduanya, sebab kami akan ditemani Emak dan Abah aku, yakni org2 yg paling aku sayang ada bersama perjalanan aku yg paling utama.
[2]
Perlahan2, berita confirmation kami pergi haji tersebar. Ramai yg memberi kata2 semangat dan galakan.
Ada juga yg bertanya, “Bagaimana dgn anak-anak?” Ye lah, dgn anak2 yg masih kecil (umur 2 hingga 7 tahun), siapa yg akan jaga kebajikan diorg bila kami ke sana?
Kpd mereka, aku hanya boleh menjawab: “Allah yg jemput kami ke sana (tanah suci), jadi insha Allah Dia juga yg akan jaga anak-anak kami di sini.”
Kata2 Maksu aku juga menjadi pendorong utk aku tetap dgn panggilan ini, walaupun terpaksa meninggalkan anak2 yg kami sayang. Maksu kata: “Jangan bimbang dgn anak-anak kat sini, Allah akan jaga mereka lebih baik drpd kita sendiri jaga mereka.”
Maka begitulah tetap hati kami. Kami menyahut panggilanMu ya Allah.
[3]
5 Nov kami bertolak melalui kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Adik-beradik keluarga Sijangkang dan SS2 menghantar kami. Suasana meriah. Terasa suasana yg familiar, sbgmana masa kecik2 aku menghantar arwah Wak Dol dan arwah Wak Piah menunaikan haji (time tu melalui airport Subang). Sbgmana aku menghantar Emak dan Abah ke perjalanan mereka yg sama sebelum ni. Sekarang giliran kami.
A sweet surprise utk aku pagi tu, bila kat sana juga ada anak2 usrah aku Talhah dan Muhaimin turut menghantar dan memberi ucapan dan galakan.
Kerana Allah kami tinggalkan kalian, maka kepada Allah lah juga kami tinggalkan kalian.
ukashah
Posted in Monologues, Photos | Tagged: hajj | Leave a Comment »
Posted by ukashah on 18-12-2010
[1]
Insha Allah sedikit (mmg sedikit ok) catatan haji aku. Banyak pengalamannya, tetapi hanya sedikit yg mampu dan sempat dicoret kat sini.
Tawaran
April tahun ni aku dgn wife dpt surat tawaran pergi haji (aku daftar 2003). Bila kami tanya psl kursus, rupa2nya kursus haji mingguan yg kat Masjid Tengku Kelana Petra (kat Kelana Jaya) dah start a few weeks. “Boleh main pergi aje ke?” aku tanya kat seorang pegawai Tabung Haji kat kompleks Kelana Jaya. “Ya encik, daftar aje kat sana.”
Kursus
Kursus Haji Bersiri kat masjid ni dari March sampai Julai, selama 17 minggu. Setiap Ahad dari pkl 9 smpai pkl 11 pagi. Timing just nice, sbb aku dgn wife mesti sempat singgah kedai pekena roti canai. Indah kan pagi2 pekena roti canai dgn isteri..?
Penceramah regular kami Ustaz Haji Ibrahim. Menarik penyampaian dia dan tak menjemukan. Oh ya, jamuan ringan selepas ceramah pun sedap2. Mihun goreng dia sedap, karipap dia sedap. Berbaloi bayar yuran kursus…
Kemudian 17-18 Julai ada Kursus Haji Intensif. Aku dgn wife disebabkan kami kuota KL (ntah camana ntah boleh masuk kuota KL), kursus kami kat Masjid Negara. Barulah merasa pakai kain ihram dan buat praktikal haji. Habis kursus dua hari dia bagi ujian. “Bukannya nak bagi lulus atau gagal, tapi nak tengok kefahaman tuan2.” kata kakak pegawai haji tu.
Dlm ujian tu, aku cuma salah satu, ingat dah habis terer. Rupanya ada bbrp peserta yg betul semua. Termasuk wife aku. Bila aku kata kat dia, “Boleh jadi penceramah haji lah mcm ni,” wife aku sengih aje.

Semasa Kursus Intensif kat Masjid Negara. Jangan tanya aku penceramah tu siapa, aku dah lupa hehe...
Then Kursus Haji Perdana, 25-26 September. Kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (aka Masjid Besi) Putrajaya. Walaupun penekanan dia praktikal (mcm Kursus Intensif) tapi kali ni lebih dpt merasakan suasana yg lebih hampir dgn suasana haji sbb ramai peserta (dlm 3000). Jugak dpt jumpa bbrp personaliti spt Ustaz Shapawi Che Mat, Ustaz Rujhan Razali, Ustaz Zamri Zainal Abidin (dia lead group kitorg dlm sesi praktikal, mmg best).

Kursus Haji Perdana kat Masjid Besi. Ramai-ramai berihram dalam masjid - kali pertama merasa syu'ur haji.

Sepanjang praktikal, peserta dibahagi-bahagikan kpd kumpulan kecil, setiap satu ada pembimbing yg khusus, senang nak berinteraksi dan soal-jawab. Kumpulan aku dapat, ehem2, Ustaz Zamri Zainal Abidin (berserban).
Ok cukup dulu kali ni. Nanti aku cerita lagi pasal saat2 nak pergi.
ukashah
Posted in Monologues, Photos | Tagged: hajj, Islam, knowledge, masjid, scholar, travel | 3 Comments »