Ukashah: A Monologue

A Step Further From A Memory, A Step Closer To A Dream

Catatan Haji 1431H – Part 1

Posted by ukashah on 18-12-2010

[1]
Insha Allah sedikit (mmg sedikit ok) catatan haji aku. Banyak pengalamannya, tetapi hanya sedikit yg mampu dan sempat dicoret kat sini.

Tawaran

April tahun ni aku dgn wife dpt surat tawaran pergi haji (aku daftar 2003). Bila kami tanya psl kursus, rupa2nya kursus haji mingguan yg kat Masjid Tengku Kelana Petra (kat Kelana Jaya) dah start a few weeks. “Boleh main pergi aje ke?” aku tanya kat seorang pegawai Tabung Haji kat kompleks Kelana Jaya. “Ya encik, daftar aje kat sana.”

Kursus

Kursus Haji Bersiri kat masjid ni dari March sampai Julai, selama 17 minggu. Setiap Ahad dari pkl 9 smpai pkl 11 pagi. Timing just nice, sbb aku dgn wife mesti sempat singgah kedai pekena roti canai. Indah kan pagi2 pekena roti canai dgn isteri..?

Penceramah regular kami Ustaz Haji Ibrahim. Menarik penyampaian dia dan tak menjemukan. Oh ya, jamuan ringan selepas ceramah pun sedap2. Mihun goreng dia sedap, karipap dia sedap. Berbaloi bayar yuran kursus…

Kemudian 17-18 Julai ada Kursus Haji Intensif. Aku dgn wife disebabkan kami kuota KL (ntah camana ntah boleh masuk kuota KL), kursus kami kat Masjid Negara. Barulah merasa pakai kain ihram dan buat praktikal haji. Habis kursus dua hari dia bagi ujian. “Bukannya nak bagi lulus atau gagal, tapi nak tengok kefahaman tuan2.” kata kakak pegawai haji tu.

Dlm ujian tu, aku cuma salah satu, ingat dah habis terer. Rupanya ada bbrp peserta yg betul semua. Termasuk wife aku. Bila aku kata kat dia, “Boleh jadi penceramah haji lah mcm ni,” wife aku sengih aje.

Semasa Kursus Intensif kat Masjid Negara. Jangan tanya aku penceramah tu siapa, aku dah lupa hehe...

Then Kursus Haji Perdana, 25-26 September. Kat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (aka Masjid Besi) Putrajaya. Walaupun penekanan dia praktikal (mcm Kursus Intensif) tapi kali ni lebih dpt merasakan suasana yg lebih hampir dgn suasana haji sbb ramai peserta (dlm 3000). Jugak dpt jumpa bbrp personaliti spt Ustaz Shapawi Che Mat, Ustaz Rujhan Razali, Ustaz Zamri Zainal Abidin (dia lead group kitorg dlm sesi praktikal, mmg best).

Kursus Haji Perdana kat Masjid Besi. Ramai-ramai berihram dalam masjid - kali pertama merasa syu'ur haji.

Hasan semasa dlm masjid, nampak sangat dia dah boring dengar ceramah.

Semasa praktikal tawaf. Time ni hujan la pulak (tengok le lantai yg basah tu).

Sepanjang praktikal, peserta dibahagi-bahagikan kpd kumpulan kecil, setiap satu ada pembimbing yg khusus, senang nak berinteraksi dan soal-jawab. Kumpulan aku dapat, ehem2, Ustaz Zamri Zainal Abidin (berserban).

Ok cukup dulu kali ni. Nanti aku cerita lagi pasal saat2 nak pergi.

ukashah

3 Responses to “Catatan Haji 1431H – Part 1”

  1. [...] Catatan Haji 1431H – Part 1 [...]

  2. Ummu Auni said

    tawaf dalam masjid sebab hujan ek? Kami berpeluh-peluh tawaf di luar..pula tu last minute dapat tahu dapat pergi.

    • ukashah said

      Em, tak tau lah itu dikira dalam atau luar masjid. Kat tgh2 masjid tu kan ada kawasan lapang, kami buat kat situ. Not exactly dlm masjid pun, sbb ada bahagian yg terbuka (masih kena hujan) dan ada bahagian yg teduh skt. Em, faham ke? :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.