Ukashah: A Monologue

A Step Further From A Memory, A Step Closer To A Dream

Archive for January, 2004

Ahmad ibn Hanbal

Posted by ukashah on 29-01-2004

[1]
Probably I’m not  being professional. Not in the true sense of the word.

Marah betul aku pagi tadi. Dlm satu meeting, tetiba someone remarked something inaccurate, and someone else jumped into conclusion based on that remakr. Judgement was passed and I became the victim. Aku tak sempat nak comprehend fully what was happening, aku tak melatah balik dan aku tak cakap apa-apa. Terkejut mmg terkejut, but I had to keep the meeting in order. Aku bukan jenis terus nak membentak, normally if some people would like to demonstrate their hastiness and incompetence I would let them be. Nasib baik kemudiannya jugak aku dpt recommend jln penyelesaian yg diterima semua org.

Cumanya lepas meeting aku rasa amatlah marah dan tak puas hati, probably mostly sbb aku haven’t had the chance to defend myself. It wasn’t anything physically serious anyway, just that at that moment they were questioning the ability of what I was there to represent.

After the meeting ada terfikir beberapa kali utk assert my position, utk betulkan balik tanggapan org. But then after some more thought, it’d probably seem trivial to some people, and what I’d do would seem childish. So probably it’d be better that I let it be.

Cumanya at times aku masih tak puas hati, dan masih marah. A true professional should be able to segregate his work and his emotion. Meaning, kalau aku profesional, lepas meeting, lepas decision dah dibuat, I should be able to forget that disagreement.

But at the moment I can’t.

Jadi aku ni tak profesional la kot ye?

[2]
Hj Hamzah mintak aku buatkan teks khutbah Raya, dua hari lepas dia bagitau. Nak by esok. Aiseh, sempat ke?

[3]
This recent few days, aku tidur amatlah lambatnya. Bukannya sengaja, tapi kekadang just tak boleh tidur. Mlm Isnin pkl 3 pagi lebih baru dpt tidur. Lepas dok lama terkebil-kebil atas katil tu, last-last aku pegi turun kejap ambik Qissas Al-Anbiya’ dan baca atas katil. Mlm Selasa dgn Rabu pun sama, tapi tak la teruk sgt. Dekat pkl 1 pagi tu dah dpt tidur. Aku switch between Al-Qissas dgn Sharh Al-Sunnah Imam Ahmad.

Menarik betul sebenarnya kisah Imam Ahmad ibn Hanbal. Dia sebenarnya banyak menerima fitnah dan mihnah yg besar, especially dlm memurnikan `aqidah masyarakat di zamannya. Dan apparently Allah telah mengurniakan ilmu yg luas, hikmah yg tinggi dan pemahaman yg mendalam kpd Imam Ahmad. Sesuailah mungkin dgn ujian yg besar yg dihadapinya.

Kata Qutaibah ibn Sa`id: “Yang terbaik di antara kami adalah `Abdullah ibn Al-Mubarak, kemudiannya orang muda ini (yakni Imam Ahmad), dan sekiranya kamu melihat seseorang mencintai Ahmad, maka ketahuilah dia ada ahlu al-sunnah. Sekiranya dia hidup di zaman Al-Thauri, Al-Awza`i dan Al-Laith maka dia adalah lebih utama di antara mereka.”

Dan Imam Al-Shafi`i pernah diriwayatkan berkata: “Aku meninggalkan Baghdad dan tidak meninggalkan seorang yang lebih baik, lebih berilmu, lebih mengetahui Fiqh, atau lebih bertaqwa daripada Ahmad ibn Hanbal.”

[4]
Mlm ni jiran-jiran Cina aku ada some kind of celebration rasanya. Walaupun dah quite a few days abis Tahun Baru Cina. Diorg bakar mercun (harapnya sesiapa yg baca tak buat report ye..), dan bakar colok. Bebalik dr kerja je lepas Maghrib tu harum semerbak ruang porch aku. Hm, dulu masa kekecik aku cukup tak suka bau benda tu (ie joss-stick/incense). Tapi la ni rasanya not bad la, especially bila bau dia tak kuat sgt, hanya sipi-sipi dibawa angin yg sepoi-sepoi…

ukashah

Posted in Monologues | Tagged: , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Air Mineral Air Kuning

Posted by ukashah on 27-01-2004

[1]

Hari tu ada orang forwardkan aku email. Bunyinya (aku copy paste sebiji without editing):

Assalamualiakum kengkawan semua…    Ni ader serba sedikit info untuk makluman semua… Masa aku balik kampung hari tu…… ader lah bersembang dengan jiran kat tempat lama aku tu….. Taman KuningSari, Air Kuning, Taiping…. tetiba terkeluar citer pasal mineral water seperti jenama diatas…. Untuk pengetahuan semua….. kilang proses mineral water ni kat dalam Taman Mas Kuning, Air Kuning, Taiping. Jenama ni tak dijual dalam kawasan Taiping…. semuanya dieksport keluar dari kawasan Taiping… pasal kalau dia jual kat area Taiping… comfirm tak laku… siap orang2 kat sana buang dalam longkang jer… nak tau kenapa….

Air mineral tu memang dia sedut dari punca mata air kat bawah tanah….. tapi masalahnya….. air bawah tanah yg disedut sebelum diproses tu terletak di satu kawasan bukit……. nak tau apa ader atas bukit tu……

Atas bukit tu ada satu kawasan perkuburan cina yg besar….. mata air yg diaorang dok sedut tu lak…betul2 kat bawah bukit tu…. so… maksudnya… walaupun telah diproses tapi kebersihannya tak pastilah…..

Perkara ni dah direport pada pihak2 berkenaan… tapi duit punya hal… semua tutup mulut……..

So…kalau nak percaya atau tak, terpulang…aku hanya memberitahu……… aku memang dah pergi ke area kilang tu…… memang betul lah kat area blakang kilang tu ada jirat cina….. so… kalau nak minum mineral water tu pastikan label pembekalnya bukan dari air kuning, taiping……

Harap maklum….

[2]
Yg itu adalah kali kedua atau ketiga aku dpt, tapi hari tu for the first time aku reply. Yg forwardkan ni sorg kawan kerja aku dan of course dia dpt email tu pun entah dah forward yg kali ke berapa entah drpd org lain. So aku pun tulis kat dia:

Soalan:

1. Kalau kat atas sumber air tu, kubur Melayu dan bukan kubur Cina ok tak?

2. Kalau katakan kat atas tu takde kubur, tapi ada longkang ke, tandas ke, ok tak?

Sbbnya saya tanya, sbb artikel ni sounds suspicious. Bukannya nak kata dia bohong, tapi it has to prove it is correct. Otherwise anyone can say anything. One ayat in surah al-Hujurat suruh kita check dulu kebenaran any berita yg kita terima sblum buat tindakan (or sebelum fwd pd org), takut2 kita akan mendatangkan mudarat pd org lain tanpa hak.

Point lain:

3. Legally, air-air ni kena meet some strict regulation & standard sblum dibenarkan utk dipasarkan.

4. Islamically, even if air tu asalnya kotor, but it has undergone changes that its original contaminants are removed, then it is suci and halal. Spt umpama arak jadi cuka. This is the same principle ulama guna bila nak tentukan hukum on food additives, air Newater etc.

The thing is:

5. Penulis kena prove yg every aspect cerita ni betul, ie (i) ‘sumber air dan cerita kubur cina’ (ii) ‘perkara dah direport tapi diorg tutup mulut’

6. Dan even if the above is correct or proven, one has to prove yg air ni tak suci or tak halal utk diguna.

But as I see it, the damage has already been done by this article. Secara tak langsung org akan jadi very cautious bila next time jumpa jenama Cactus or Spritzer, regardless dia datang dr Air Kuning or wherever.

Just my opinion. Thanks for the intention anyway, I’m sure you intended good.. :)

Yg takde interest in the mineral water industry whatsoever,
Akram

[3]
Yg lebih menariknya that was not end of the story. Hari tu on the way dr Post Office aku terasa amatlah hausnya. Singgah la kat Petronas station depan Taman Desa Taming Sari, beli mineral water Petronas Mesra 1.5 litre. Dah dok dlm kereta tgh nak minum, ternampaklah label kat botol tu:

Sumber: Air bawah tanah  Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, Taiping

Lalu tersenyumlah aku sesorg kat dlm kereta tu, walaupun sikit terkejut. Dgn lafaz bismillah, aku pun minum.

Hari tu air mineral rasanya mcm lebih nyaman drpd biasa…

[4]
Dan mlm ni first time Maryam cakap dgn aku dlm phone. Er, sort of la…

Aku call wife aku just before Maghrib. Maryam pulak ada dekat-dekat dgn dia masa tu, dan start merengek. Agaknya tau ayahnya at the end of the line kot… Wife aku pun bagi la phone kat dia, suruh cakap dgn aku.

Sebelum ni every time kami bagi phone kat dia, nanti dia akan grab phone tu dan belek-belek benda alah tu. Agaknya pelik mcmana benda tu boleh keluar suara. Tadi kata wife aku Maryam dah boleh tiru mcm kita buat, ie biarkan benda tu kat telinga dia.

Dan masa tu aku pun panggil-panggil la nama dia, buat memacam bunyi. Dan Maryam pun utter one single word. Bunyinya lebih kurang: “Hmh..!”

Lalu happy yg amatlah ayahnya masa tu.

ukashah

Posted in Monologues | Tagged: , , | Leave a Comment »

Lindungan Untuk TetamuMu

Posted by ukashah on 24-01-2004

[1]
Pagi tadi hantar Emak dgn Abah ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Diorg bertolak ke Tanah Suci hari ni.

A few days sebelum ni Emak nampak relaxed and upbeat. Even bila Ilyana pun nampak sedih semalam, Emak pujuk dia with light jokes.

Abah pulak, walaupun tenang mcm style dia yg biasa, ada suarakan concern dia pd aku utk tlg tengok-tengokkan adik-beradik aku, tlg tengok-tengokkan kebajikan diorg, kesejahteraan rumah kat kampung tu, etc.

Tadi masa saat berpisah kat Kelana Jaya, semasa aku peluk dan cium Emak, aku cakap dgn Emak mintak tlg doakan kami dan supaya sempurnakan ibadahnya tanpa perlu risaukan kami kat sini. Emak pesan balik dgn satu soalan: “Akram nanti balik kampung tengok adik-adik, ya?” dgn nada yg sebak. Bila Emak sebak aku pun sebak, “Insha Allah Emak.”

[2]
Ya Allah, dalam lemahnya tangan kami kini untuk memberi manfaat kepada mereka, kami tadahkan tangan ini untukMu melindungi ibu bapa kami di bawah jagaanMu di sana…

ukashah

Posted in Monologues | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Kesukaran Masing-masing

Posted by ukashah on 18-01-2004

[1]
Siang yg banyak encounter. Ikhwah dr tempat memasing, dgn cerita memasing…

[2]
Ustaz R: Aku tanya dia apa khabar ikhwah kat sana? Dia pun cerita aktiviti sekian dan begian. Ikhwah sekian sekian pula.

Aku tanya pula apa khabarnya F? Kata Ustaz F sekarang dah pindah ke sekian, kerjanya dah tukar ke sekian, aktivitinya sekian. Dan sekian.

Aku bersyukur atas kesenangan Abg F. Dan bersimpati atas kesukarannya.

Abg F yg merupakan naqib pertama di dlm hidup aku. Yg mengenalkan aku kpd dunia da`wah, dunia pelengkap seorg Muslim. Yg actually train aku step by step menyusun kata dan mengatur langkah dlm usaha da`wah aku yg pertama. Yg membawa aku ke Malaysia Hall di Bryanston Square utk mendekati adik-adik A-Levels.

Seterusnya Allah telah menyediakan cabaran dunia utk kami, bentuk berlainan utk kami yg berlainan. Utk saudara-saudaraku hanyalah doa drpdku…

[3]
Abg H: Yg pernah aku jumpa di STC (Summer Training Camp) 1999, outdoor camp aku yg terakhir di UK dulu. Masa tu dia kena posting kerja kat Ghana, tapi sbb tahu kami nak ada STC, dia bawak whole family dia ke UK semata-mata utk join STC.

What I particularly remember about Abg H adalah anak-anak dia. Dua yg paling sulung – dua-dua lelaki – which at that time baru berumur dlm lingkungan 8-10 tahun, amatlah terer bermain percussion. Bagilah diorg apa bentuk pun – gendang ke, kompang ke, even baldi atau gayung – dan diorg boleh iringi sebarang lagu. Sampailah masa malam persembahan STC tu beberapa kumpulan ‘mengambil tenaga import’ anak-anak ini utk iringi persembahan nasyid/pantomim/lakonan diorg!

[4]
Hm, rasanya Maryam pun ada sikit bakat kat main percussion ni kot. Pasal dia suka dengar dan appreciate any simple beats yg dia dengar, dan suka ketuk-ketuk any benda yg boleh diketuk bagi keluar bunyik. Tengok le esok bebila insha Allah kami test bagi percussion la pulak.

ukashah

Posted in Monologues | Tagged: , , | Leave a Comment »

Orang Baru

Posted by ukashah on 11-01-2004

[1]
Aiseh, dah ada org tanya aku: ‘Lama tak update monolog?’

:oops:

[2]
Ptg kami pi lawat Abg K kat Hospital Pantai, Ayer Keroh. Boleh tahan jugak seriusnya, cuma Abg K ye yg masih releks. Just miss Kak Z, sbb pagi tadi dia datang. Kami borak panjang dgn Abg K.

Respek kat dia. Dlm seriusnya cedera dia tu dia taknak org lain risau, dan memula dia reluctant nak bagitau family dia yg dia cedera kena api. In fact dia kena hari Selasa, brothers dpt tau pun hari Khamis.

[3]
Lepas dr hospital kami pergi Taman Paya Dalam pulak, lawat Makcik Ros, Pakcik Nasir dgn anak-anaknya. Seronok betul diorg kami datang. As also reflected dgn remark diorg: ‘Eh, dah ada org baru!’ referring to Maryam.

Kami pun cerita la yg Ainil tgh buat Masters so selalu takde kat sini. Aku pulak weekend selalu balik kg etc.

Dan diorg borak pasal kerja diorg, pasal anak-anak diorg. Pakcik Nasir tanya aku: ‘Tak minat nak main golf ke?’ (dia kerja kat golf resort). Hehe, aku boleh senyum je la: ‘Belum minat pakcik, weekend pun selalu takde kat sini.’ My best excuse kot.

[4]
A belated congratulations to Lin & Afiz, on their baby boy. Lepas berkirim-kirim sms dgn aku pasal nama yg baik utk anak, pasal nama-nama syurga, ke pintu syurga pulak, at last diorg decide on a name: Muhammad Rayyaan.

Senyum aku bila dpt sms declaring the name. Aku reply what beautiful name it was. Another reply from Lin:

“thanks 4 all d help n info given. baby rayyaan owe u 1 :> soon he can fren maryam ek?”

ukashah

Posted in Monologues | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Kecil vs Besar

Posted by ukashah on 08-01-2004

[1]
Tgh menanti Ainil dan Maryam balik dr PJ. Rindunya. Hanya Allah yg tahu.

[2]
Ptg tadi Bimbingan Berkumpulan BAKIP (BBB) utk kumpulan aku dpt le dijalankan, alhamdulillah. Kehadiran: dua orang! Tapi seronoknya tak terkira. Since effectively sejam je ada, aku took the opportunity utk kenal D dgn lebih dekat. Mcm-mcm dia cerita.

Betullah. Sheikh-sheikh da`wah selalu cakap, mulakan da`wah dgn ta`arruf. Maka dptlah kami merasa sedikit kemanisan berukhuwwah ini.

Next seating, insha Allah aku akan bawak tajuk ‘Pengenalan Kepada Ilmu Mustalah Al-Hadith’ dan ‘Aku Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah’. Kami quite positive ini akan berterusan. Next time insha Allah aku akan contact sorg-sorg.

[3]
Jgn anggap yg besar itu sentiasa membuli yg kecil.

Dlm perjalanan kat Jalan Tun Fatimah, aku happen to jalan belakang satu lori tanah yg besar. OKlah dia jalan pun takde la slow sangat, dan since mmg tak mudah nak potong kat jalan tu aku pun dok lah slow-slow belakang dia.

At one point tetiba lori tu slow down, dan aku pun slow lah jugak. Tapi kat depan tu tak nampak pulak anything – kereta ke, beskal ke, orang melintas ke – yg menyebabkan lori tu slow. Semakin slow, dan semakin slow, to the point of almost stopping. Aku pulak, after a few moments mula grew impatient, dan mula mencari peluang utk potong. Since lane kanan penuh dgn oncoming traffic aku cuba peluang kat belah kiri. Mmg ada banyak space. Aku bagi signal, side mirror nampak clear dan aku pun start le potong belah kiri.

Lalu time ni lah aku nampak apa benda yg buat lori tu hampir stop. Seekor anak – no, baby – kucing yg amatlah kecil, warna putih tgh melintas ke kiri. Nasib baik aku belum laju dan sempat brake. Dan aku pun menyaksikan segalanya di depan mata.

That moment was quite something. That mental snapshot is still registered in my head. Something very small, timid and weak, was slowly passing in front of a huge, mean-looking creature. Mcm tikus tgh lalu kat depan gajah. Agaknya dlm dunia sekarang one would think yg besar sentiasa membuli yg kecil. Ye lah, dgn all those stories about ‘lori-lori hantu’ yg cara drivenya, well, mcm hantu. But this is something very different.

[4]
Tak silap ada satu iklan this kenderaan (SUV kot) kat paper. That big vehicle, kat sebelahnya ada satu compact car.

Caption kat atas: ‘Kind to small creature’.

ukashah

Posted in Monologues | Tagged: , , | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.